Ahlan Wasahlan to Diari Mujahidah Blog . Assalamualaikum and Hi . I'm student and part time babysitter .Unofficially eighteen ;p . Tq for visiting my home (?) Here where i share my stories and my thoughts .Enjoy reading ! Let's talk in Malay in my posts k xD Sorry for scatter grammars ;) Chill~

Tuesday, April 1, 2014

Kuatkan Aku Di Jalan-Mu .


Allah .
Kuatkan aku untuk menjadi hamba-Mu yg bertakwa  dan beramal soleh.
Kuatkan aku untuk menjadi hamba-Mu yang istiqomah beribadat kpd-Mu.
Kuatkan aku untuk melakukan segala suruhan-Mu .
Kuatkan aku untuk meninggalkan segala larangan-Mu .
Kuatkan aku untuk menyeru yang ma’aruf .
Kuatkan aku untuk mencegah yang mungkar .
Kuatkan aku untuk memperbanyakkan amalan sunnah Nabi-Mu .
Kuatkan aku untuk meningkatkan kualiti amalan wajibku.
Kuatkan aku untuk menyembunyikan segala kebaikan yang aku lakukan .
Kuatkan aku untuk menahan diri dpd bercakap-cakap tentang org lain (mengumpat).
Kuatkan aku untuk terus menambahkan kecintaan terhadap ilmu & perjuangan .
Kuatkan aku untuk menjaga hati dpd cinta yg belum pasti.
Kuatkan aku untuk menjaga hati insan-insan yg kusayangi
Kuatkan aku untuk mengawal lidahku dpd pkara yg sia sia.
Kuatkan aku untuk mengawal diri drpd berburuk sangka
Kuatkan aku untuk menerima segala ketentuan-Mu dgn redha .
Kuatkan aku untuk menerima ujian-Mu dgn ketenangan hati dan jiwa .
Kuatkan aku untuk menerima nasihat-nasihat dgn hati yang penuh ikhlas & terbuka.
Kuatkan aku untuk menerima kritikan tanpa menengking .
Kuatkan aku untuk tidak cepat menyerah kalah .
Kuatkan aku untuk tidak cepat berasa jemu & bosan .
Kuatkan aku untuk mengerjakan apa yang aku pernah bicarakan .
Kuatkan aku untuk menjadi hamba-MU yg hanya mharapkan kredhaan-Mu dlm apa jua yg aku lakukan .
Kuatkan aku untuk terus bangkit berdakwah demi kemaslahatan ummah.
Kuatkan Aku Di Jalan-Mu , Ya Rabbul Izzati . J